HarianIslam adalah sebuah laman web yang membawa gelombang baru dalam dunia dakwah. Laman web ini menyediakan pelbagai bahan ilmiah buat santapan jiwa para insan yang dahagakan ilmu di dunia teknologi ini. Segala maklumat di sini disediakan untuk dijadikan panduan hidup mukmin.
Bermula dari penjenamaan dari Facebook iaitu halaman (Pages) Bercinta Selepas Nikah (BSN) yang ditubuhkan pada awal Ogos 2012 sehingga kini telah pun mencapai 8000,000 likes dan 11,043 pengikut di Twitter menjadikan kami mudah untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dengan lebih berkesan.
HarianIslam merangkumi pelbagai bahan bacaan seperti nasihat, amalan, kisah nabi dan para sahabat, tips-tips menarik dan berguna, aktiviti, motivasi dan banyak lagi yang boleh dikongsi serta diamalkan bersama.
Segala hasil penulisan di laman web HarianIslam adalah hak cipta terpelihara yang dihasilkan oleh kami sendiri. Manakala karya yang diambil dari laman web atau Blog lain akan disertakan dimana sumber asalnya. Segala bahan bacaan akan diselia terlebih dahulu sebelum diterbitkan.


















