HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Rabu, 19 June 2013 : 11:42am
Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul

Kalau Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti

Bidadari Syurga

Bidadari Syurga | Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Ummi : Mat… kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad : Betul ke Ummi? Mat ok je kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)

Ummi : Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya.
Ahmad : Nampak ok orangnya Ummi, tapi….. dia ni gempal sikitlah Ummi.

Ummi : Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu.
Ahmad : Masya Allah Ummi…. tapi B ni rendah lah Ummi….

Ummi : Nah ! Cuba tengok gambar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat.
Ahmad : Subhanallah….. cantik dan manis betul dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..

Ummi : Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim.
Ahmad : Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi…. yang lemah lembut sikit wataknya.

Ummi : Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni.
Ahmad : Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah.

Ummi : Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia.
Ahmad : Allah Allah hebat dia ni… tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju.

Ummi : Ni pulak G, doktor muda balik Mesir dan ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari.
Ahmad : Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi.

Ummi : Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak.
Ahmad : Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…

Ummi : Abang, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah : Calon yang macam mana dia nak?

Ummi : Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Al-Qur’an.

Abah : Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu…. Peace! ^_^

Follow Penulis untuk dapatkan lebih banyak kisah menarik setiap hari:

sumber: iluvislam

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Belum Ada Komen Lagi

Apa Kata Anda?