HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Ahad, 26 May 2013 : 03:50pm

Persoalan Pemakaian Cincin Emas Dan Cincin Perak

Persoalan Pemakaian Cincin Emas Dan Cincin Perak

Kaum lelaki dilarang daripada memakai cincin emas. Hal ini jelas dalam hadis riwayat Al-Bara’ bin Aazib , “Bahawasanya Nabi melarang daripada cincin emas” (Bukhari dan Muslim).

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.

5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Penulis ada sediakan artikel Pemakaian Cincin Mengikut Islam, anda boleh rajuk artikel tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lagi mengenai pemakaian cincin mengikut islam..

Follow Penulis untuk dapatkan lebih banyak artikel yang menarik setiap hari:

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 2 Komen

  • apakah hukum bagi lelaki kalau menggunakan emas swasa?

  • Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

    Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:

    “Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”

    Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

    “Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”

Apa Kata Anda?