HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Isnin, 20 May 2013 : 01:53am

Nasihat Buat Hati Yang Kesedihan

Nasihat Buat Hati Yang Kesedihan

Nasihat Buat Hati Yang Kesedihan | Di dalam hidup ini pasti ada sahaja perkara yang menjadikan diri kita kesedihan. Begitu banyak perkara yang dirasakan sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku dan sepatutnya tidak berlaku tetapi berlaku. Itulah namanya suratan takdir.

Memberi fokus kepada keadaan yang mendatangkan kesedihan, ingin saya berkongsi beberapa petunjuk Rasulullah s.a.w. dalam menghadapi kesedihan seperti berikut:

Baca doa berikut dengan penuh penghayatan dan kefahaman:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, atau Engkau turunkan dalam kitabMu, atau Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu; Engkau jadikanlah Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap kesedihanku dan penghilang tekananku.” (HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadith tersebut adalah sahih)

Secara penuh, hadith doa ini adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa sahaja yang ditimpa tekanan dan kesedihan lalu dia berdoa… (doa di atas ini)…; pasti Allah akan menggantikan tekanan dan kesedihannya dengan kegembiraan.” Lalu ada yang bertanya, ‘Wahai Rasulullah baguskah kami mempelajarinya?’ Jawab Baginda, “Sudah tentu. Sesiapa yang mendengarnya amat wajar mempelajarinya.”

Semoga Allah Ta‘ala memberi ketenangan dan kegembiraan kepada jiwa kita yang sering sahaja diuji dengan pelbagai ujian di dunia yang fana’ ini… Amiin ya Rabbal ‘Alamin.

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 3 Komen

  • salam…
    terima kasih atas perkongsian ilmu ni…tetapi… bolehkah sy nak bacaan doa yang lebih jelas ejaannya…terima kasih…

    • wa’alaikumsalam..sama-sama..


      اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ،
      مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ
      لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ آِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا
      مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ
      الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ
      هَمِّيْ.

    • maaf hanya ini yang termampu. anda boleh taip doa penawar hati yang luka,insyAllah anda akan temui doa ini dengan tulisan yang lebih jelas.

      semoga Allah redha

Apa Kata Anda?