HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Ahad, 26 May 2013 : 03:34am

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

Pemakaian Cincin Mengikut Islam

Pemakaian Cincin Mengikut Islam | “Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

“Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.

Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 8 Komen

  • sy0kk giler bace berita yg disiarkn 0leh bercinta selepas bernikah

    • terima kasih,teruskan menyokong kami :)

  • terima kasih utk info ni=)

    • sama-sama :)

  • Terima kasih atas peringatan

    • sama-sama

  • Saya nk jdi rakan di room ini

  • bgmna dgn ibu jari?

Apa Kata Anda?