HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Jumaat, 24 May 2013 : 12:52am

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?
    Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

    Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.

Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri.!

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

Betul juga ? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’.

    Kesimpulananya: Belajarlah memasak samada lelaki dan perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan rumahtangga atau untuk menimbulkan kasih mesra antara suami isteri.

    Jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

Sumber iluvislam di olah semula oleh harianislam.com

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 12 Komen

  • lelaki sebenarnya tak tahu, memasak itu bukan tanggungjawab isteri sebenarnya. menyediakan makanan adalah tanggungjawab suami, manakala melayan suami makan, minum adalah tanggungjawab isteri. kalau mereka sedar, malaysia telah jadikan itu semua budaya sehinggakan perempuan seperti dieksploitasi sebab dr kecil mereka biasa dengan ‘perempuan di dapur’. lelaki pasti takut bila sedar, Al-quran dah mencatatkan tanggungjawab sebenar mereka. sepatutnya mereka bersyukur, perempuan membantu dengan rela.

    • semuanya bermula pada cara pemikiran kita serta persekitaran kita yang mengajar perempuan wajib tahu memasak kalau tidak,tak laku.sedangkan itu semua pandangan lama.sebagai masyarakat yang semakin berpendidikan dan berfikiran terbuka,lelaki seharusnya lebih peka dengan aktiviti isteri yang juga sibuk kerana ramai wanita bekerjaya sekarang.lagi pula Rasulullah juga menolong isteri Baginda menguruskan rumah dan lelaki sekarang seharusnya mengikut jejak Baginda.

    • dlam khdupan brumah tngga kte hruslah sring bntu mmbantu…xkre la iany tnggungjwab suami or isteri….ini dpat mmupuk ksih syang antara psngan..sooo…bntu la antra stu sma laen…jgn nk dikutkn ego kalian….rmah tnga pn bleh punah…smga msjid yg trbna brkkalan hnga akhir hyat…

  • yg di atas ni agaknye tak pndai msk kot… klau tak isteri kna msk, sape lg…mamak or indon kt kdai mkn luar…

    • mungkin kerana sekarang ramai isteri bekerjaya.tak salah lelaki masuk dapur,lagi bertambah macho tolong isteri memasak :)

    • Bukan tak pandai masak, sepatutnya lelaki kena sedar dan belajar ilmu agama dengan lebih mendalam. Kaum lelaki tak tahu ke sebenarnya tugas lelaki ialah menyediakan dan MENGURUS kelengkapan, makan dan minum rumah. Tugas isteri HANYALAH melayan suami dan MERAPIKAN DIRI untuk suami. Sekiranya isteri tidak mahu melakukan apa-apa tugas rumahtangga pun tidak mengapa kerna itu bukan tugasnya. Wahai kaum lelaki persiapkanlah amalanku dan tambahkanlah ilmu agamamu untuk persiapan melangkah ke alam rumahtangga. Anda tidak berhak mempertikaikan kemampuan isteri dalam memasak sekiranya diri anda belum CUKUP LAYAK UNTUK MENJADI IMAM BUKAN SEKADAR DI DALAM SOLAT TETAPI JUGA DALAM MENJADI IMAM DALAM RUMAHTANGGA. Wallahualam.

  • betul2, xpyh pandai masak, tak tahu masak apa-apa pun xpe. Kalau lapar, keluar makan kat kedai.

    • pokai la macam tu hehe tak tahu boleh beljar perlahan-lahan,sama-sama belajar masak dengan isteri,wahh pengerat kasih sayang tu.

  • Memasak bukannyer susah, sekarang ni maklumat tu di hujung jari jer. Antara malas dan rajin jer..lg pun isteri klu memasak untuk suami kan ke dapat pahala ibarat pergi berperang fisabilillah n banyak lg pahala besar yg Allah bagi…Kita hidup bukan untuk Dunia sahaja tetapi untuk Akhirat juga. Bersama-samalah kita mencari pahala semoga kita beruntung di sana kelak…Aaammiiinn…

    • kalau x pandai memasak ..boleh belajar dari ibu, kaman2 , buku2 resepi kan byk..cuba jelah x sedap x pe yg penting mesti masak sendiri.

  • Untung lah kalau dapat bini yang pandai masak.. Mmg mereka kena pandai masak lah kalau tidak, tak kan nak makan kat kedai je hari hari kan..? Suami nak juga merasa air tangan isterinya tak gitu.. Hehe

  • Artikel seksis.
    Lelaki question kenapa perempuan tak pandai masak,
    Perempuan question layak tak lelaki jadi imam.
    Cuba laksanakan tanggungjawab sendiri tanpa mempertikaikan orang lain.
    Katanya gadis tak perlu tahu masak pun takpe sebab tanggungjawab suami membela keluarga, tapi marah dan kecewa bila suami menduakannya. Tahu masak bukan kewajipan, tapi masakan yang enak menjamin suami anda akan terus setia kerana selesa dan gembira dengan layanan isteri. Suami laksanakan tanggungjawab dengan membeli keperluan dapur dan dimasak oleh si isteri, katanya saling melengkapi.
    Hendaklah kita mencermin diri dahulu sebelum kita pertikai orang lain. Jangan buat assumption berdasarkan jantina. Diperjuangkan kesaksamaan hak, tapi tidak mahu diperlaku sama. Turut amanah dan landasan agama, insyaallah tiada konflik.

Apa Kata Anda?