HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Rabu, 22 May 2013 : 04:51am

Pandangan Anda Mengenai Poligami?

Pandangan Anda Mengenai Poligami?

Artikel untuk kali ini, permintaan penulis adalah untuk mendapatkan komen dan juga Pandangan Anda Mengenai Poligami.

Perkahwinan yang lebih dari seorang isteri dipanggil poligami, di negara kita poligami bukanlah suatu isu yang besar namun ianya adalah sesuatu yang kerap dibincangkan di akhbar, kaum wanita mahu pun ustaz-ustaz yang mahir dan bijak tentang agama.

Di negara kita setiap lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah sebelum dibenarkan berpoligami bagi kelayakkan serta menjamin keadilan terhadap isteri-isterinya bila berpoligami.

Namun tak kurang juga kaum lelaki mengambil jalan mudah untuk berpoligami dengan bernikah di selatan Thailand kemudian merujuk ke Mahkamah Syariah untuk tujuan pendaftaran.

Ada juga sebahagian lelaki yang berpoligami tidak mendaftarkan perkahwinannya di Mahkamah Syariah selepas berpoligami. Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada isteri dan anak-anaknya jika berlaku kematian si suami, bukan itu sahaja.

Anak yang dilahirkan dari poligami itu tidak akan mempunyai nama ayah di dalam sijil kelahiran ( rujuk Jabatan Pendaftaran Negara ) sudah pasti akan menyusahkan anak-anaknya untuk kehidupan seharian.

Poligami biasanya diamalkan oleh golongan yang mempunyai kerjaya yang mantap seperti ahli perniagaan maupun usahawan dan tidak kurang juga orang biasa.

Apa yang diketahui melalui berita akhbar dan sebagainya, ada keluarga yang berpoligami cukup bahagia dan ada sebahagian tidak bahagia.

Saya pernah mendengar, seorang lelaki tua berkata, lelaki tidak akan berpoligami jika kaum isteri mampu melakukan yang terbaik untuk suami.

Kepada kaum wanita isteri terutamanya renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah kata-kata orang tua itu. Lakukan yang terbaik untuk suami dan suami jadilah pemimipin yang terbaik buat isteri dan anak-anak.

Persoalannya kenapa ada yang bahagia dan ada yang tak bahagia?
Di manakah silapnya suami yang berpoligami
?

Penulis ada sediakan artikel ‘Kenapa Wanita Enggan Poligami‘ untuk anda baca lebih lagi mengenai Poligami.

Kesimpulannya poligami mampu membantu mengurangkan andartu, ibu tunggal dan kehidupan seorang wanita lebih terjamin dengan adanya suami yang mampu memimpin, membimbing dan lebih terjamin keselamatannya.

Kaum lelaki seharusnya lebih bertanggungjawab bila berpoligami dan membantu kaum wanita serta keluarga agar mencapai kesejahteraan hidup.

Penulis kongsikan kisah benar Abu Bakar yang bahagia bersama 4 isteri.

img_04963 (1)

    Abu Bakar tak amal sihir atau ilmu penunduk, tetapi sifat tangungjawab buat tiga isteri setuju terima madu keempat

    Bahagia: Abu Bakar menyarungkan cincin ke jari Suhaili,(kanan) isteri keempat.

Akhir sekali, penulis berharap pembaca dapat memberikan pandangan dan komen mengenai topik Poligami untuk pembaca-pembaca lain baca.

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 33 Komen

  • Wahai suami isteri (termasuk kami) yang masih berdua, akan bertiga, yang mahu atau yang enggan berpoligami. Ingatlah di dalam kita mentaati perintah Allah SWT. bukan boleh pilih yang mana satu seronok yang mana satu pahit. Dapatkah kita tentukan yang mana satu perintahNYA yang seronok dan tidak menyeronokkan? bagaimana caranya?
    Yang baik daripada Allah, yang kurang adalah daripada kelemahan saya. Mohon Maaf.

Page 2 of 2«12

Apa Kata Anda?