Penulis nak kongsi sikit Panduan Berkahwin Ikut Cara Islam.
Sekarang ni penulis lihat orang baru kawin banyak yang buat benda-benda yang tak perlu dibuat sebenarnya.
Contohnya seperti cium dahi isteri lepas akad nikah.
Dari ceramah Ustaz Azhar yang penulis tengok di YouTube, benda cium-cium dahi cium pipi ni sebenarnya tak boleh buat sebab bercium di depan khalayak ramai. Walaupun dah sah sebagai suami isteri, kita tetap masih perlu menjaga adab supaya tak menggugurkan maruah.
Ada juga yang mempersoalkan tentang Nabi mencium pipi isteri.
Ustaz Azhar jawab yang Nabi cium isteri tu Nabi tak buat di depan orang ramai.
Orang dulu-dulu berkahwin, suami hulur tangan, isteri cium tangan suami. Sekarang ni dah buat cium pipi cium dahi.
Penulis ada sediakan video Ustaz Azhar Idrus mengenai cium isteri depan orang ramai untuk memudahkan anda lebih faham mengenai Adat Mencium Dahi Isteri Selepas Akad Nikah
Kepada kaum lelaki yang nak berkahwin atau bernikah, buat perkara berikut selepas selesai akad nikah.
- Solat 2 rakaat dan sujud syukur.
- Datangi isteri, bagi salam padanya, pegang ubun-ubun kepalanya dengan tangan kanan dan berdoa “Ya Allah, aku mohon kebaikan dari perempuan yang menjadi isteriku.”
-
Pesanan dari Syahirul.com
Jangan pula menambahkan sesuatu yang dilarang dalam majlis kahwin seperti cium di khalayak ramai, renjis-renjis, supaya perkahwinan diberkati Allah.
Bagi mereka yang nikah di masjid, pastikan saudara mara perempuan yang datang bulan dan yang tak tutup aurat tidak memasuki masjid. Elakkan bercampur lelaki dan perempuan.
Tak payah bawa hantaran ke masjid dan hanya perlu bawa mas kahwin.
Pengantin jangan berpeluk-pelukan dan bergambar dengan aksi-aksi yang tidak sopan dalam masjid. InsyaAllah diberkati.











Belum Ada Komen Lagi
Apa Kata Anda?