HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Khamis, 20 June 2013 : 11:24am
Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul

Kenapa Wanita Enggan Berpoligami?

Kenapa Wanita Enggan Berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, ada yang sampai sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan).

Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.

Kenapa isteri menolak poligami?

  • Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu.
  • Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan.
  • Siapa yang sanggup terjun ke ‘lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
  • Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu.
  • Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi.
  • Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
  • Lelaki sering menjadikan ‘Sunnah Nabi’ sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan.Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi.
  • Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa.
  • Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri.

    Apabila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

  • Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya.

Manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’.

Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah.

Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati.

Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula.

Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu.

Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa ujian dan dugaan mendatang, insyAllah sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Poligami yang berjaya akan wujud jika unsur-unsur keadilan terhadap wanita dipenuhi, dan terlepas sama sekali dari belenggu rasa cemburu, perasaan buta dan ego yang berlebihan.

Poligami tidak bermaksud mengurangkan hak dan kehormatan wanita. Tetapimenjunjang kepentingan wanita.Pernikahan suaminya dgn wanita lain adalah lebih baik baginya daripada perceraian.

Kenapa Wanita Enggan Berpoligami?

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Terdapat 48 Komen

  • salam…tak semua madu itu manis dan x semua bermadu itu pahit.sy pernah bermadu suatu ketika dahulu..tp mungkin jodoh meraka x panjang.dlm 3 bln mereka berpisah..mgkin hujung thn ni pun sy akn bermadu lg..di sini ikhlas dlm menerima ujian Allah adalah sgt penting..bakal madu sy anggap kawan w/pun pahit..tp bila kita tenang dan terima ujian Allah dgn redha hikmah yg Allah janjikan akn dtg dgn perlahan2.skrg sy tenang w/pun sy tahu mmg payah..mohom Allah kuatkan iman,kesabaran yg berganda,murahkan rezeki kami sekeluarga krn sy lakukan semua ini kerana Allah Taala.

    • Puan Mama ..saya terharu..puan terima ujian Allah dgn Redha semuga suami puan bertambah syg pada puan.

  • saya rela jd madu tp x rela dimadukn..hewhew

    • kalau dah namanya jadi madu, automatik dimadukan. Hati sendiri mungkin rela tapi kena ingat, orang sebelah sana pun ada hati juga.

  • betul2 tu..mulut cakap lain,dlm hati?? mcm2 ada.sebelum sya terima menjd isteri kedua,suami kata,yg pertama kata ‘izinkan’ suami nk kawin lg.nak puaskan hati,sya tanya sendiri..katanya..”ikut je apa kata abg”.
    bila dah setahun kami bermadu…yg pertama duk tanya saya..”knp sanggup aniaya kaum sendiri?”.
    mcm pelik soalan tu…,
    kalau dr awal dia tanya soalan tu pd sya..xde lah kmi bermadu sampai sekarng..

  • salam… redha dgn ketentuan Ilahi… sy harap ape yg sy lalui akan mebawa kebahagiaan pada sy, suami dan yg lg sorang… semua ni pinjaman di dunia shj.. yg penting sy nak jadi isteri nye die akhirat jugak nnt… jd redha je la… ckp mmg nmpk senang tp pd yg melalui hidup bermadu.. sy pun seperti kamu… same2 bertolak ansur.. sma2 pecaya n hormati atr satu sama lain.. in sya ALLAH bahagia kite semua.. bersangka baik lah pd ALLAH.. DIA dah takdirkan sst yg trbaik utk setiap hambaNYA.. seperti sy… sy yakin DIA tahu sy kuat dan tabah jd DIA bagi sy rezeki utk bermadu.. mudah mudahan ade kebaikan n hikmah yg laen yg akan dtg dlm kehidupan sy slps ni.. senyum selalu… dari isteri pertama yg meredhai setiap usaha kebaikan yg si suami buat.. doa kan kami bertiga bahagia.. =)

Page 2 of 2«12

Apa Kata Anda?