HarianIslam - Malaysia Islamic Event Community
Pengunjung :
  • Khamis, 20 June 2013 : 07:45pm
Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul

Nasihat Seorang Teman

Nasihat Seorang Teman

Salam. Bismillah..

Apa khabar hati?

Masihkah ia seperti embun?

Menunduk tawaduk dipucuk-pucuk daun..

Masihkah ia seperti batu karang?

Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian,

Apa kabar iman?

Masihkah ia seperti bintang?

Terang benderang menerangi kehidupan..

 

Nasihat Seorang Teman

Nasihat Seorang Teman

 

Nasihat Seorang Teman | “Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tau bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku..”

“Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan” – Imam Syafie

Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tdak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita..

Walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dlukai dgn garam tapi ketahuilah. setiap ujian itu mgharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya.sukar ditafsirkan oleh hati sukar digambarkan dengan mata. Fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya. Bersemangatlah..

 

Nasihat Seorang Teman

Nasihat Seorang Teman

 

Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua. InsyaAllah..  Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Mungkin untukmu yang bergelar pemilik hatiku.Redhakanlah kami. Amin ya Rabb. Tabahkan hatiku.. :) :

Nasihat Seorang Teman

 

 

 

Ikuti Kami Untuk Kemaskini Terkini

Langgan Artikel Terkini

Daftarkan email anda dibawah dan dapatkan kemaskini terbaru dari kami.

Maklumat Penulis

( administrator )

Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.

Belum Ada Komen Lagi

Apa Kata Anda?